:: OBJEKTIF SEKOLAH
 Berusaha dan berikhtiar agar dapat memberi dan menyampaikan pendidikan bermutu serta berkesan kepada pelajar-pelajar. Berhubung dengan perkara ini pihak sekolah sangat berharap agar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik dari masa ke masa iaitu dengan:

- Memperbaiki pencapaian di dalam peperiksaan SPM dan STPM dari segi kuantiti dan kualitinya iaitu mempertingkatkan peratus kelulusan secara am dan menambahkan bilangan pelajar yang mendapat pangkat satu dan dua serta lima prinsipal dalam peperiksaan tersebut.

- Memperbaiki pencapaian di dalam peperiksaan PMR dari segi kualiti dan kuantitinya iaitu mempertingkatkan peratus kelulusan pengkat A.

- Mengurangkan peratus pelajar-pelajar yang gagal.

- Meninggikan peratus dan mutu kelulusan dalam semua mata pelajaran bagi peringkat PMR, SPM, dan STPM.

 Berusaha menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang boleh dibanggakan oleh pelajar-pelajarnya, ibu bapa, masyarakat sekitar dan seterusnya diperingkat negeri dan negara.

 Berusaha  melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berpelajaran  tinggi tetapi juga cergas, cekap berfikir dalam kerja, berfikiran waras dan bertanggungjawab serta melahirkan pelajar-pelajar yang taat setia kepada orang yang lebih tua, guru-guru, ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

 Berusaha agar pelajar-pelajar sekolah ini dapat menguasai lebih dari satu bahasa dan juga ingin melihat lebih ramai pelajar dapat melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar negeri.

 Harapan setinggi gunung dengan usaha-usaha yang dijalankan pada suatu hari nanti sekolah ini akan dapat melahirkan individu yang terkemuka, para pemimpin dan bijak pandai negara.
 

Tutup