 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua
pelawat yang budiman
SMK Membakut merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang
bertanggungjawab mendidik para pelajar supaya menjadi insan seimbang,
berkualiti dan mampu bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan ini,
para pelajar perlu menunjukkan komitmen yang jitu dalam usaha mencari
potensi diri, bersahsiah, berketrampilan dan bersemangat waja mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, kami warga SMK Membakut
sentiasa berusaha dalam satu pasukan supaya VISI dan MISI ini menjadi
realiti. Saya yakin tugas penting ini boleh dilaksanakan dengan jayanya
sekiranya semua warga SMK Membakut dapat menerapkan amalan 'Teamwork' dan
masing-masing dapat menghayati dan melaksanakan setiap tugasan yang
diamanahkan kepada mereka. Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua warga
SMK Membakut yang telah berusaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti
sebagai petunjuk komitmen dan kesungguhan mereka dalam merialisasikan VISI
dan MISI sekolah ini. Sekian, terima kasih. |