
Kedudukan sekolah ini bersesuaian
kerana ia terletak
di kawasan
tengah-tengah daerah
yang menjadi tumpuan
yang meluas penduduk
tempatan.
|
Sekolah Menengah Kebangsaan
Membakut ditubuhkan pada tahun 1986 oleh beberapa orang penduduk tempatan
yang melihat betapa pentingnya sebuah sekolah menengah diwujudkan di
daerah ini. Pengasas sekolah ini terdiri daripada En Khamis Noyo, En Yusuf
Sulaiman dan beberapa orang lagi yang sama-sama berganding bahu untuk
mewujudkan sekolah ini.
Pada peringkat permulaan penubuhan sekolah ini tidak ada bangunan yang
tetap. Oleh itu, sekolah ini terpaksa menumpang di bangunan Sekolah
Kebangsaan Pekan Membakut iaitu pada sidang petang selepas selesai saja
sesi sekolah rendah. Ini telah menimbulkan banyak masalah sama ada dari
segi tempat belajar, peralatan, masa dan kemudahan-kemudahan asas yang
lain. Walau bagaimana pun dengan berkat kegigihan pengasasnya yang pertama
serta dengan bantuan dari orang-orang bawahannya, kejayaan terus dicapai
oleh sekolah ini.
Berkat usaha pengetua-pengetua sekolah ini serta kerjasama dari Jabatan
Pendidikan akhirnya kelulusan telah diperolehi untuk mendirikan sebuah
bangunan tetap setelah mendapat pinjaman di bawah Skim Pinjaman Bank Dunia.
Pada tahun 1978 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru seperti yang
ada sekarang.
|